“Muka Melayu Semua…” – Aksi Anak Muda Menari Tanpa Kawalan Di Kafe Kopi Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 12 Jun 2026 06:33:16

Satu video memaparkan sekumpulan anak muda menari dan berhibur di sebuah acara yang dikenali sebagai ‘Coffee Club’ menjadi perhatian ramai di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video tular tersebut, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan aksi yang ditampilkan dan menyifatkan ia tidak sesuai dipertontonkan secara terbuka.

Advertisement

Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “Wtf is coffee club? Berselindung di balik nama coffee club. Baik ko pergi TREC je dik,” selain ada yang mendakwa budaya sedemikian semakin dinormalisasikan oleh segelintir pihak.

“Banyaknya enabler dekat komen ni. Takut dengan manusia zaman sekarang jenis tutup mata tengok benda macam ni,” tulis seorang netizen.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa malu kerana mendakwa sebahagian individu yang terlibat beragama Islam.

kafe

“Astaghfirullahalazim, malunya tengok kalau dia orang ni Islam,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan. Ada juga netizen yang mempertahankan acara tersebut dengan menyatakan tiada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang berlaku.

“Ini acara bebas alkohol. Saya tak nampak apa yang salah. Tak ada penggunaan bahan terlarang, tak ada orang mabuk, tak ada bergaduh sana sini. Jadi apa masalahnya? Lagi pun bukan dibuat di kawasan perumahan. Jadi sekali lagi, apa yang salah?” kata seorang netizen.

Selain itu, ada yang berpendapat aktiviti menari tersebut hanyalah satu bentuk hiburan dan ekspresi diri, namun mengakui terdapat segelintir peserta yang perlu lebih menjaga tingkah laku ketika berada di khalayak ramai.

Setakat ini, video berkenaan terus menjadi perdebatan hangat apabila warganet terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang menganggapnya sebagai hiburan biasa dan mereka yang melihatnya sebagai sesuatu yang tidak sesuai dengan norma masyarakat tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-11 12:23:43

“Elok Je Dulu Berpurdah...” - Bekas Pelakon 'Filem Dewasa' Dituduh ‘Tunggang Agama’, Kembali Freehair & Peluk Anjing Di IG

“Muka Melayu Semua…” – Aksi Anak Muda Menari Tanpa Kawalan Di Kafe Kopi Cetus Rasa Kurang Senang Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts