“Demi Memelihara Integriti Parti” – Susulan Ditangkap Khalwat, Nik Nazmi Direhatkan Selama Tiga Bulan

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 18 Oct 2026 10:00:46

Bekas Menteri Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada menyertai semua aktiviti rasmi Parti Bersama Malaysia (Bersama) selama tiga bulan susulan kontroversi kes disyaki khalwat yang membabitkan dirinya baru-baru ini.

Keputusan tersebut berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2026 hingga 19 Januari 2027 selepas parti berkenaan mengambil maklum kenyataan dan pengakuan Nik Nazmi berhubung insiden yang mendapat perhatian umum itu.

Advertisement

Presiden Bersama, Syukri Razab berkata, pihaknya memandang serius perkembangan tersebut dan berpendirian bahawa sebarang isu membabitkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani secara sewajarnya.

Nik Nazmi beri ucapanMalay Mail  

Nik Nazmi ditangkap khalwat, Bersama rehatkan

Menurutnya, langkah berkenaan penting bagi memastikan integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti terus terpelihara.

Bersama memandang serius perkembangan ini dan berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani dengan sewajarnya, demi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti.

Dalam pada itu, Syukri menjelaskan bahawa keputusan merehatkan Nik Nazmi dianggap sebagai satu tindakan yang perlu dan munasabah susulan perkembangan kontroversi tersebut.

Apa sumbangan Nik Nazmi?

Bagaimanapun, parti berkenaan tetap menghargai segala sumbangan serta komitmen Nik Nazmi sejak Bersama dilancarkan semula pada Mei lalu.

Bersama berpendirian bahawa keputusan ini adalah perlu dan munasabah, tanpa menafikan segala sumbangan dan komitmen Saudara Nik Nazmi kepada perjuangan Bersama sejak parti ini dilancarkan semula pada Mei 2026.

Terdahulu, Nik Nazmi mengesahkan bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan kes disyaki khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lalu.

nik nazmi tangkap khalwat

Nik Nazmi mengaku ditangkap khalwat

Menurut penjelasannya sebelum ini, beliau bersama beberapa rakan pada awalnya mengadakan perbincangan berkaitan sebuah projek di studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perbincangan tersebut kemudiannya diteruskan di sebuah premis di Petaling Jaya bagi meneliti beberapa bahan berkaitan projek berkenaan.

Nik Nazmi mengakui bahawa ketika pegawai JAIS tiba di lokasi, hanya beliau dan seorang wanita berada di dalam premis tersebut.

Walaupun mengakui kesilapan tersebut, bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu menegaskan bahawa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan sumbang seperti yang dispekulasikan.

Beliau turut memohon maaf kepada isteri, keluarga serta pihak yang terkesan dengan insiden berkenaan dan menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama dalam sebarang proses perundangan.

2026-10-18 11:35:31

“Saya Bukan Wanita Itu” – Nani Roslan Tampil Bersuara, Nafi Dakwaan Ditangkap Khalwat Bersama Nik Nazmi

“Demi Memelihara Integriti Parti” – Susulan Ditangkap Khalwat, Nik Nazmi Direhatkan Selama Tiga Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts