Jom Menaip Whatsapp Menggunakan Suara

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 12 Aug 2017 18:00:35

Fungsi ini sudah lama ada dalam peranti pintar Android, akan tetapi masih ramai yang tidah tahu akan kewujudannya. Fungsi ini sangat menarik dan berguna terutamanya ketika anda berada di situasi yang tidak mampu untuk membalas mesej. Jangan risau fungsi ini sangat “bijak” kerana banyak naik taraf sudah dibuat oleh Android, ia dapat mentafsir bahasa yang anda guna dengan tepat walaupun anda bercakap dengan cepat ataupun menggunakan dailek “kelate” sekalipun. Fungsi menaip menggunakan suara ini boleh digunakan untuk semua jenis aplikasi mesej dalam peranti android.

Caranya sangat mudah anda ikut sahaja langkah-langkah dibawah.

Langkah 1

Contoh menggunakan aplikasi Whatsapp. Apabila muncul paparan menaip, pilih pada ikon seperti dalam gambar berikut. Ikon ini mungkin  berbeza mengikut jenis “keypad” yang anda gunakan

Langkah 2

Pilih menu “voice”

Langkah 3

Untuk membolehkan peranti anda kenal akan bahasa dan dailek yang digunakan, pastikan anda tetapkan bahasa yang anda gunakan. Masuk ke menu “setting” seeprti dalam gambar

Langkah 4

Pilih menu “Language”

Langkah 5

Selesai, anda sudah boleh mula menaip deangan suara dengan klik pada butang “mic” . Walaupun Admin cakap “saya dah makang” ianya masih dapat di tafsir oleh Peranti, menarik bukan?

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts