TIME Menawarkan Kelajuan Internet Dipertingkatkan Untuk Pengalaman Lebih Baik Ketika Musim Jerebu

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 10 Oct 2026 03:30:35

Disebabkan oleh jerebu, ramai yang kini bekerja dari rumah, disamping penutupan sekolah turut membawa kepada pembelajaran dilakukan dari rumah secara atas-talian. Ini sekaligus akan membuatkan kapasiti penggunaan internet di rumah meningkat.

Dalam usaha memberikan pengalaman yang baik, kini TIME hadir dengan promosi Speed Boost secara percuma untuk pelanggan mereka sehingga 31 Oktober 2026 kelak.

Dibawah promosi ini, pelanggan yang melanggan pelan 200Mbps akan menerima peningkatan kelajuan percuma kepada 300Mbps. Sementara pelanggan yang melanggan 600Mbps pula akan menikmati kelajuan dipertingkatkan kepada 800Mbps.

Kelajuan ini akan ditawarkan secara automatik kepada semua yang layak, dan kelajuan internet akan kembali kepada pelan yang dilanggan selepas 31 Oktober 2026 kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts