Setelah dua hari berehat di hujung minggu terasa lemah satu badan untuk masuk ke pejabat hari ini. Kan best kalau boleh sambung rehat. Tambah-tambah orang yang kena kerja O.T, tengok semua orang dah balik tetapi diri sendiri kena kerja demi sesuap nasi.
Ada beberapa langkah untuk mengelakkan mengantuk semasa berada di tempat kerja :
1. Hampiri Kawasan Bercahaya
Kalau rasa terlalu mengantuk cari tempat yang terang. Ianya dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda.
2. Wangian Aromaterapi
Untuk hilang rasa mengantuk di pejabat, anda boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Ia dapat mengembalikan semangat kerja anda yang merangsang deria bau anda. Antara bauan yang sesuai mint dan lemon.
3. Dengar Muzik atau Ayat-ayat Al-Quran
Jika kita selalu mendengar ayat-ayat Al-Quran atau berzikir dapat merangsangkan dan meningkatkan ketajaman minda.
4. Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk.Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.