by Oh! Semput
Pelakon wanita, Puteri Sarah Liyana memaklumkan yang ada pihak telah ‘menghendap’ media sosial kenalannya, pelakon Indonesia, Andi Arsyil baru-baru ini.
Perkara tersebut dinyatakan Sarah menerusi siaran langsung di media sosialnya dengan mengatakan bahawa Andi Arsyil telah bertanya kepadanya perihal tersebut.
@norainibasre #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #najeehahhq #minyakanginrollon #aromatherapy #puterisarahliyana #pakpandirdanlabuajaib #lumier #partnerbisnes #perfectmatch #andiarsyil
Walau bagaimanapun, pelakon drama Andai Itu Takdirnya sama sekali tidak mendedahkan individu yang dimaksudkan dan meneruskan tugasnya ketika siaran langsung tersebut dengan mempromosikan produk yang digunakan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen telah membuat pelbagai spekulasi dengan mengaitkan bekas madu kepada pelakon itu.
Namun, ada juga yang memberikan pesanan kepada pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, supaya lebih berhati-hati kerana mungkin ramai yang diluar sana tidak senang melihat kebahagiaannya.




Artikel lain: ‘Business partner’ kacak masih bujang, Puteri Sarah tak akan ganggu milik orang
Sebelum ini, bekas isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof itu dikhabarkan sedang rapat dengan seorang pelakon dari Indonesia.
Walau bagaimanapun, Sarah memaklumkan hubungan mereka hanyalah sebatas rakan kongsi memandangkan mereka terlibat dalam perniagaan bersama.
: TikTok norainibasre