by Oh! Semput
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini mengumumkan mereka akan menggantung semua perkhidmatan melalui MyEG berkuat-kuasa 5 Oktober 2026. Langkah ini diambil oleh JPJ kerana MyEG belum memenuhi tanggungjawab serta terma dan syarat perjanjian yang telah ditetapkan.
JPJ mengatakan orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan, termasuk melalui kaunter JPJ, dan juga aplikasi MyJPJ.
Perkongsian JPJ ini hadir selepas laporan akhbar hari ini menyatakan Zetrix (syarikat sebalik MyEG) berhutang dengan kerajaan hasil kutipan berjumlah RM200 juta, untuk kutipan sejak Mei 2023 yang lepas.
Pihak Zetrix masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.