Oppo Find X10 Pro Max Akan Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 9600 Pro

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 15 Sep 2026 14:00:35

MediaTek baru sahaja melancarkan cip mercu baharu Dimensity 9600 Pro yang dibina menggunakan teknologi 2nm. Sejurus selepas pengumuman tersebut, Oppo mengesahkan bahawa telefon pintar premium terbaharu mereka, Find X10 Pro Max akan menjadi antara peranti terawal menggunakan cip berkuasa ini. Bagaimanapun, pengesahan itu hanya melibatkan model global. Untuk pasaran China, pelancaran yang dijadualkan minggu hadapan masih belum dipastikan sama ada akan turut hadir dengan cip yang sama atau sebaliknya.

Menurut Oppo, Find X10 Pro Max turut dilengkapi Oppo Laminar Flow Engine hasil kerjasama dengan MediaTek. Teknologi ini pertama kali digunakan pada model tersebut dengan menyusun semula sistem paparan grafik kemudian menyesuaikannya dengan pengurusan sistem. Pendekatan ini membantu sistem kekal lancar dengan penggunaan kuasa rendah serta memastikan kandungan stabil walaupun dalam situasi mencabar

Maklumat lanjut mengenai Find X10 Pro Max akan diumumkan pada acara pelancaran global yang akan datang.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts