iOS 27.3 Akan Menjadikan iPhone Duo Lebih Mudah Digunakan Individu Kidal

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 07:00:45

Antara kritikan pengguna awal saya ke atas iPhone Duo ialah ia lebih selesa digunakan oleh mereka yang bukan kidal. Jika anda kidal, palang pintasan aplikasi pada sisi kanan skrin adalah sukar untuk diakses. Apple mendengar kritikan yang diberikan pengguna awal dan akan memperkenalkan ciri memudahkan palang pintas ini diakses pengguna kidal.

Mod Reachability baharu akan diperkenalkan menerusi iOS 27.3 kelak. iOS 27.3 versi Beta telah diberikan hari ini dan apabila mod ini diaktifkan. Skrin akan mengecil dan pergi ke sisi kiri. Dengan ini jari akhirnya dalam mengakses palang pintasan tanpa terasa terseksa.

Selain itu skrin kecil ini juga boleh dialihkan ke sisi kanan untuk mereka yang mempunyai jari yang pendek. Dengan mod Reachability baharu ini, proses menggunakan iPhone Duo sebelah tangan tanpa mengira anda kidal atau tangan kanan lebih dominan menjadi lebih mudah.

– MacRumors

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts