Merayau di perumahan, anak beruang sesat ditangkap (VIDEO)

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 12 Jun 2017 10:01:14

Paparan skrin video menunjukkan anak beruang terlepas seketika sebelum dapat ditangkap semula. — Foto oleh Facebook/Nogori Most Wanted Paparan skrin video menunjukkan anak beruang terlepas seketika sebelum dapat ditangkap semula. — Foto oleh Facebook/Nogori Most Wanted SEREMBAN, 12 Jun — Seekor anak beruang yang merayau-rayau di kawasan perumahan di Taman Palma Jaya Perdana dekat Paroi di sini berjaya ditangkap.

Haiwan itu yang dipercayai dari Hutan Simpan Berembun, tidak jauh dari perumahan tersebut, disedari penduduk kira-kira jam 12 tengah hari semalam, lapor Utusan Online.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berkata penduduk kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik saja berjaya ditangkap, pihak kami telah membawa anak beruang itu balik ke pejabat untuk diberi makan dan berehat sebelum di hantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak,” kata pengarahnya Wan Mat Wan Harun.

Berdasarkan rakaman video, anak beruang itu terlepas seketika selepas dibalut kain putih tetapi akhirnya ditangkap semula.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts