Mercedes-Benz C-Class Elektrik Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Dianggarkan RM360,888

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 07:00:44

Mercedes-Benz Malaysia telah memperkenalkan model elektrik sepenuhnya C-Class buat pertama kali di pasaran tempatan menerusi varian Mercedes-Benz C 300 4MATIC electric AMG Line Plus. Model baharu ini membawa identiti C-Class yang sinonim dengan elemen elegan, keselesaan dan prestasi ke era mobiliti elektrik.

Dari segi prestasi, C 300 4MATIC electric AMG Line Plus dilengkapi sistem pacuan semua roda 4MATIC yang menghasilkan kuasa sehingga 310 kW dan tork maksimum 800 Nm. Ia membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat, selain mencapai kelajuan maksimum 210 km/j. Bagi sistem bateri pula, ia dilengkapi bateri berkapasiti boleh guna 85 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 690 km berdasarkan piawaian WLTP. 

Sistem pengecasan pantas DC 800V menyokong kuasa pengecasan sehingga 320 kW, membolehkan bateri dicas daripada 10% kepada 80% dalam masa sekitar 22 minit.Mercedes-Benz turut menyatakan pengecasan selama 10 minit boleh memberikan tambahan jarak pemanduan sehingga 290 km dalam keadaan yang ditetapkan. Selain itu, ia turut menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW.

Dari segi reka bentuk, C-Class elektrik ini menampilkan siluet seakan-akan coupé dengan bahagian hadapan yang rendah, garisan bumbung melengkung dan bahagian belakang yang lebih sporty. Ia turut dilengkapi gril ikonik Mercedes-Benz dengan pencahayaan terbina, lampu hadapan DIGITAL LIGHT serta lampu belakang dengan rekaan berbentuk bintang.

Memasuki ruang kabin, antara ciri utama yang ditawarkan ialah skrin MBUX Hyperscreen bersaiz 39.1 inci. Sistem ini turut dikuasakan oleh Mercedes-Benz Operating System (MBOS), bersama sokongan pembantu maya MBUX Virtual Assistant dan sistem navigasi berasaskan Google Maps.

Di Malaysia, Mercedes-Benz C 300 4MATIC electric AMG Line Plus ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga anggaran bermula RM360,888. Pihak Mercedes mengatakan juga yang pelancaran untuk kereta ini akan dibuat pada awal tahun 2027 yang akan datang.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts