Micron Menawarkan Bonus Minima $31 Ribu Kepada Para Pekerja Di Taiwan

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 15 Sep 2026 07:00:35

Industri semikonduktor global kini sedang mengalami durian runtuh, dengan syarikat-syarikat SK Hynix dan Samsung sebelum ini memberi para pekerja mereka bonus gaji yang sangat lumayan sekali. SK Hynix merupakan syarikat pertama yang memberi bonus lumayan sehingga 30 bulan, dan pekerja Samsung Semiconductor selepas itu setelah ugutan mogok kerana tidak puas hati dengan bonus yang tidak setimpal dengan apa yang diberikan oleh SK Hynix.

Baru-baru ini, tiba giliran syarikat pengeluar komponen memori dan storan Micron pula, yang mana ia baru-baru ini dilaporkan bahawa para pekerja di syarikat tersebut telah ditawarkan bonus minima setinggi 1 juta TWD atau $31 ribu pada penghujung tahun kewangan mereka baru-baru ini.

Sama seperti insiden dengan Samsung Semiconductor, para pekerja Micron di Taiwan yang berpangkalan di Taoyuan telah bersepakat untuk menolak tawaran bonus sebelum ini melalui kesatuan pekerja mereka, yang mengatakan bahawa mereka mahukan potongan dari keuntungan operasi, seperti apa yang ditawarkan oleh SK Hynix.

Ia turut dilaporkan bahawa jurutera baru yang menyertai Micron sebelum 29 Ogos 2026 akan menerima purata bonus sekurang-kurangnya 3.4 juta TWD, dimana 2.9 juta TWD adalah dalam bentuk tunai, dan selebihnya dalam bentuk pegangan saham syarikat. Ini tidak termasuk dalam pemberian pegangan tetap yang akan diberikan kepada mereka setiap tahun. Pada tangga bonus tertinggi, nilai tunai yang akan diterima pekerja tersebut adalah bersamaan dengan gaji selama 68 bulan atau hampir 5 tahun.

Kilang Micron di Taiwan kini mempunyai 15 ribu pekerja, dan semua daripada mereka akan menerima bonus minima 1 juta TWD tersebut, sekiranya pihak kesatuan pekerja tersebut menerimanya. Buat masa ini, pihak tersebut masih lagi dalam dalam proses pertimbangan untuk menerimanya, ataupun perbincangan lanjut perlu diadakan lagi.

Dalam pada itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Micron, semua pekerja-pekerja mereka secara global, termasuklah kilang-kilang pempakejan dan ujian di Muar dan Pulau Pinang juga akan menerima bonus yang lumayan, tetapi buat masa ini tiada butiran telah diberikan tentang bonus-bonus yang akan ditawarkan. Terdapat beberapa ura-ura di media sosial tempatan, tetapi buat masa ini butiran tersebut masih lagi belum disahkan oleh pihak Micron.

: Reuters

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts