by Oh! Semput
Microsoft telah memperkenalkan Microsoft Surface Studio dalam satu majlis di New York, semalam. Ianya bakal memberi saingan hebat dalam kategori komputer ‘high-end’ seperti Apple Mac Pro.
“Kami percaya bahawa Surface Studio akan mengubah cara anda menghasilkan, cara membuat, dan cara anda belajar,” kata Panos Panay, Ketua Pasukan Peranti Microsoft. “Produk ini akan menunjukkan kepada anda berkaitan semua perkara tersebut. Ia akan kelihatan biasa, tetapi ia akan memberikan rasa yang berbeza..”
Beliau kemudian melancarkan Microsoft Surface Studio, dengan reka bentuk semua-dalam-satu. Ia mempunyai “monitor LCD ternipis dunia” yang berukuran 12.5mm. Paparan skrin sentuhnya pulang diletakkan kemas di dalam balutan aluminium dan berukuran 28 inci keseluruhannya. Output paparannya pula adalah 13.5 juta piksel, menurut Panay, 63 peratus lebih baik daripada televisyen 4K.
“Ia akan mempunyai skrin yang terbaik dalam kelasnya,” kata Panay.
Surface Studio menyokong pelbagai peralatan termasuk ‘Surface Pen’ dan aksesori radial baru, ‘Surface Dial’, yang boleh diletakkan dia atas skrin Surface Studio untuk mencetuskan paparan menu dan ciri-ciri lain seperti melaraskan ‘volume’, kecerahan skrin, atau ‘scrolling’ dokumen. Ia juga mempunyai ciri khas yang boleh mengelakkan ‘sentuhan palsu’ akibat tapak tangan semasa menggunakan ‘Surface Pen’.
Ianya akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada harga USD 2,999, USD 3,499, atau USD 4,199, bergantung kepada pemilihan spesifikasi perkakasan. Setakat ini, pihak Microsoft belum membuat pengumuman rasmi bila ianya akan mula dipasarkan di Malaysia.