Mimbar yakin 2017 lebih cabaran, sukar

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 07:00:11

Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan umat Islam supaya bijak mengurus kewangan demi kesejahteraan hidup.

Menurut teks khutbah itu, meskipun 2016 berjaya dilalui dengan selamat dan makmur serta terlindung daripada mara bahaya,musibah dan bencana berat namun mimbar yakin 2017 lebih banyak cabaran dan kesukaran.

“Antara cabaran yang ketara ialah serangan pemikiran yang menggugat kedaulatan Islam dan keharmonian masyarakat.

“Sebahagian besar pemikiran ini seringkali mengcam dengan melaungkan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan.

“Lebih malang lagi ia menjadi senjata untuk menyerang dan menjauhkan agama dari pemerintahan,” kata mimbar.

Pada masa sama, menurutnya, sikap terhadap konsep pengurusan yang efisen juga perlu dititikberatkan agar terus terurus dan teratur terutamanya kebijaksaan dalam soal pengurusan kewangan.

Kata mimbar , ini penting bagi memastikan kedudukan ekonomi negara teguh dan stabil untuk jangka masa panjang.

Memetik Surah al-Furqan ayat 67, kata mimbar jelas sikap negatif dalam membelanjakan harta, melampaui batas dan bakhil menjadi punca mengapa masalah kewangan serta lebih memburukkan keadaan apabila gagal mengurus kewangan secara bijak dan berhemah.

“Oleh itu, berbelanjalah kepada perkara-perkara yang kita perlu, bukan mengikut keinginan hawa nafsu. Elakkan berbelanja secara boros tanpa perancangan,” kata mimbar.

Khutbah bertajuk “2017: Tahun Pengurusan Kecemerlangan” itu sempena penghujung tahun 2016.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts