by Oh! Semput
Siapa yang tidak mengenali kumpulan K-pop terkenal dari Korea Selatan Big Bang yang di gilai ramai wanita di seluruh dunia.
Baru-baru ini terdapat satu debat yang di kongsikan oleh netizen yang mempersoalkan ketinggian sebenar ahli anggota Big Bang. Dalam post ini, kita dapat lihat anggota Big Bang berdiri di sebelah bintang K-pop lain, diikuti dengan perbandingan dengan ketinggian bintang bintang itu.

Profil G-Dragon berkata bahawa beliau adalah 177 cm. Walau bagaimanapun, dalam rancangan SBS “Inkigayo,” G-Dragon kelihatan lebih pendek dari anggota 2PM Taecyeon dan Wooyoung. Yang menghairankan juga dia kelihatan lebih pendek daripada pengacara wanita rancangan itu, Ha Yeonju.
Orang ramai mendakwa dia mempunyai platform yang dimasukkan ke dalam kasutnya, tetapi dia masih nampak lebih pendek daripada Ha Yeonju.

Seungri yang mempunyai ketinggian yang sama dengan G-Dragon juga telah dibandingkan bila dia berdiri di sebelah Goo Hyesun yang terang terang kelihatan seolah-olah tidak banyak yang perberbezaan. Ketinggian Goo Hyesun dicatatkan sebagai 163 cm dan yang menariknya dia tidak memakai kasut but yang membuat netizen meragui ketinggian Seungri adalah 177 cm.

T.O.P yang dikenali sebagai anggota yang paling tinggi dengan ketinggian 181 cm juga menjadi perhatian. Dia kelihatan lebih pendek dari Yoo Jaesuk yang mempunyai ketinggian 175 cm di dalam sebuah gambar yang dimana meraka berdua berkaki ayam. Banyak yang tertanya jika dia benar benar lebih dari 180cm?

Taeyang adalah anggota yang paling pendek juga di ragui. Profil rasminya mendakwa dia adalah 173 cm, tetapi dia kelihatan lebih kurang sama dengan Gong Minji pada 161 cm.

Ketinggian Daesung di rendahkan ke 167 cm dalam rancangan SBS “Family Outing,” tetapi profil rasminya menyatakan bahawa dia ialah 178 cm
Apa apa pun kita terima sajalah. Kalau anda bernasib baik boleh berdiri bersebelahan dengan Big Bang bolehlah share sikit ketinggian sebenar mereka! Saranghaeyo!





