Model lelaki berhati murni bantu ‘homeless’ KL, beli air sambil lepak tanpa hirau bau busuk

by Oh! Semput


19
SHARES
243
VIEWS
Posted on 06 Dec 2019 05:02:50

Sifat ihsan dan berbuat baik sesama manusia amat digalakkan tanpa mengira kaum, agama atau paras rupa. Walaupun dapat mengisi perut sebanyak lima kali sehari, jangan dilupakan individu yang kurang kemampuan.

Itu dapat digambarkan dengan seorang model Brazil, Bruno Santana yang membeli sebotol air mineral sebelum diberikan kepada seorang gelandangan wanita di sebuah lorong di ibu kota.

Perkara berkenaan dikongsi seorang pengguna Facebook, Adam Mukhriz setelah kagum dengan tindakan murni model itu selain turut berluangkan masa untuk bersembang dengan gelandangan tersebut.

alt

Hari ini ada satu pengajaran yang saya terima.

Ketika di sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang. Ada nampak seorang lelaki. Nampak macam model. Dia beli air mineral botol besar.

Mungkin nampak apa lah sangat kan?

Bila dia keluar, saya pun keluar lah selepas itu. Sedang berjalan, saya nampak lelaki tadi duduk bersama seorang gelandangan di tepi jalan. Menghulurkan air yang dia beli tadi kepada wanita gelandangan itu.

alt

Dia dilihat bersembang seolah sangat cakna kepada wanita itu. Yelah, orang yang berwajah dan tubuh seperti model, jarang lah kita tengok macam tu kan.

Selepas tu, tegurlah mamat ni

“I am impressed what you have done just now, you are so kind” kataku.

Dia jawab “No bro, You dont have to be someone great to help people, just being a human, most importantly i want you be good to others too”

Saya terkesima.

alt

Selepas bersembang kemudiannya, barulah saya tahu dia seorang model warga Brazil di Malaysia dan bertukar contact number dan sosial media.

Sekali lagi kata katanya terngiang dalam kepala “Tak perlu jadi hebat untuk bantu orang, hanya jadi manusia”. Begitulah juga kita, hanya jadi manusia. Berhenti memberi alasan untuk bantu orang.

alt

Mana sangka model rupa kacak macam tu sanggup duduk ‘lepak’ sekali dengan individu yang daif. Jadi pengajarannya, jangan mudah menilai seseorang hanya dari luaran sahaja!

: Adam Mukhriz

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts