Mourinho: “Man United Ke Saingan UCL Sebagai Pasukan Bukan Pilihan”

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 26 Jul 2017 04:00:37

Pengurus Manchester United, Jose Mouriho mendedahkan yang beliau mahukan kejuaraan Premier League pada musim ini.

Keyakinan itu pastinya hadir selepas beliau berjaya membawa Manchester United menjuarai 2 kejuaraan musim lalu.

Pertama adalah kejuaraan EFL Cup dan kemudiannya Europa League.

Hasil kejuaraan Europa League berjaya memberikan tiket ke peringkat kumpulan di UEFA Champions League musim ini.

Bagi Mourinho, adalah penting untuk pasukannya benar-benar bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi musim ini.

“Musim ini akan menjadi benar-benar mencabar dan lebih baik untuk kami tampil dengan bersedia sepenuhnya.”

“Kami akan menentang pasukan yang benar-benar hebat dan juga telah membelanja banyak wang pada untuk mendapatkan pemain.”

Selain dari tekanan kejohanan domestik yang nyata mencabar Mourinho serta pasukannya, beliau juga nyata mahukan anak-anak buahnya memberikan cabaran sengit di saingan UEFA Champions League.

Baginya, pasukannya hadir sebagai status pasukan bukan pilihan dalam kejohanan utama kelab-kelab Eropah itu.

“Di Europa League, kami adalah pasukan pilihan. Tetapi di UEFA Champions League, kami bukan pasukan pilihan.”

Mampukah Manchester United berjaya musim ini? Sama-sama kita nantikan.

:

  1. BBC Sport (2017): Jose Mourinho says Manchester United ‘better equipped’ for title bid; http://www.bbc.com/sport/football/40720888

Mourinho: “Man United Ke Saingan UCL Sebagai Pasukan Bukan Pilihan” Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts