Mozilla Akan Perkenalkan Versi Baru Firefox Setiap 2 Minggu Bermula September

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 14 Jul 2026 17:04:03

Mozilla pada hari ini memperkenalkan versi baru pelayar web Firefox setiap sebulan sekali. Namun, dengan perkembangan teknologi yang lebih pantas pada hari ini, kini Mozilla mengumumkan akan beralih kepada pengenalan versi baru setiap dua minggu, bermula September kelak.

Dengan langkah ini, bukan sahaja ciri baharu boleh diperkenalkan lebih awal,, tetapi pelbagai kerentanan juga dapat diatasi dengan lebih pantas lagi, sekaligus memastikan pelayaran lebih selamat.

Mozilla menyasarkan pengenalan setiap 2 minggu ini akan bermula 1 September 2026 ini dengan versi Firefox 155. Selain Mozilla, sebelum ini Google turut telah beralih kepada pengenalan versi baharu setiap dua minggu sejak Mac 2026 yang lepas, sementara Microsoft pula akan melakukan perkara sama bermula Ogos 2026 kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts