Muhyiddin dakwa UMNO tetap akan ‘langgar’ PAS di negeri utara -“Ingatlah, saya percaya…”

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 25 Jul 2026 14:04:24

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa UMNO akan kembali mencabar penguasaan PAS di negeri-negeri utara apabila tiba masanya, meskipun Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dilihat bekerjasama sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Kemesraan hanya elak pertembungan

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kemesraan yang dipamerkan antara PAS dan UMNO ketika ini hanyalah bagi mengelakkan pertembungan antara kedua-dua parti menjelang pilihan raya.

Muhyiddin menyatakan, PAS menggunakan PRN Negeri Sembilan sebagai medan untuk menghantar isyarat kepada UMNO supaya tidak bertanding sesama sendiri di negeri-negeri yang ditadbir parti itu pada masa akan datang.

“Supaya UMNO ambil iktibar daripada pilihan raya ini, dia tak lawan dengan PAS di negeri-negeri Pas di utara.
“Tapi ingatlah, saya percaya UMNO akan melanggar juga dia (PAS),”katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, malam tadi.

Sekarang ni Negeri Sembilan dia peluk-peluk

Beliau turut mendakwa kerjasama yang dipamerkan ketika ini tidak bermaksud UMNO akan terus mengelakkan pertembungan dengan PAS, khususnya di negeri-negeri di bawah pentadbiran parti tersebut.

“Jadi yang sementara ini di Negeri Sembilan dia peluk-peluk, cium mulut. Esok dia akan hadapi masalah kerana sebenarnya keadaan itu tidak akan berulang di negeri-negeri di utara,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menggesa rakyat Negeri Sembilan supaya tidak mudah terpengaruh dengan kerjasama antara BN dan PN yang disifatkannya sebagai percaturan politik menjelang pilihan raya.

“(Berbanding) BERSATU, kita tak pernah bohong kerana kita parti yang ikhlas berpegang pada prinsip yang salah tetap salah dan yang melanggar undang-undang tetap melanggar undang-undang.
“Prinsip itulah yang parti kita pertahankan selama ini, tak sama seperti parti-parti lain yang tidak berpegang pada apa-apa prinsip,”katanya.

: Utusan Malaysia (Nor Shafiqah Mohd Ghazali)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts