MySpace Dilihat Pertimbang Untuk Kembali Dilancarkan Semula

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 09 Aug 2026 14:03:55

MySpace merupakan antara platform sosial terawal dalam arena internet yang digunakan secara meluas pada awal 2000-an. Ramai pengguna pada hari ini sering berkongsi nostalgia dan pengalaman menggunakan perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini, pada tahun 2013 yang lepas, pemilik jenama MySpace telah melancarkan kembali dengan fokus terhadap muzik. Namun, ia kurang mendapat sambutan. Kini, pemiliknya berkongsi menyatakan melalui sebuah dokumentari yang mereka sedang merancang untuk melancarkan kembali platform sosial berkenaan.

“Kami kini sedang menantikan waktu tepat untuk pelancaran. Sekiranya gagal, kami akan cuba lagi sekali”, menurut pemilik jenama MySpace.

Buat masa ini tiada sebarang tarikh untuk pelancarannya kembali dikongsikan. Beberapa pihak menyatakan kini mungkin masa sesuai untuk mencubanya kembali, memandangkan ramai yang mencari alternatif kepada media sosial dan inginkan sesuatu yang tidak begitu “ketagih” dan lebih mesra mental – yang mana mungkin sesuai dengan nama “MySpace” tersebut sendiri.

Pada hari ini juga, terdapat beberapa platform alternatif yang mencuba nasib, termasuk Bluesky, Daun dan juga Mastodon. Tidak kurang juga ada yang telah mendapatkan tanda dagang dan domain Friendster, dan menawarkan penawaran dengan fokus terhadap kawan di dunia nyata.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts