Nabila sedar drama pertama tidak mampu cetus fenomena

by Oh! Semput


13
SHARES
175
VIEWS
Posted on 02 Jun 2017 03:01:11

Nabila berkata pertama kali memegang peranan utama membuatkan drama yang dilakonkan belum layak untuk setanding dengan 'Dia Semanis Honey'. — Foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 2 Jun — Pelakon Nabila Razali sedar lakonannya bersama Alif Satar tidak mampu mencetuskan fenomena kepada peminat seni tanah air.

Nabila, 25, berkata pertama kali memegang peranan utama membuatkan drama yang dilakonkan belum layak untuk setanding dengan Dia Semanis Honey.

“Saya sangat berdebar memandangkan ini pertama kali saya berlakon drama dan memegang watak utama.

“Saya digandingkan pula dengan Alif Satar, rasa puas hati penonton itu susah untuk dicapai. Drama sebelum ini sambutannya lain macam.

“Jadi untuk saya kekalkan dengan fenomena sebelum ini, susah. Tetapi saya harap semuanya akan berjalan lancar selepas ini,” katanya kepada ProjekMMO.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts