Najib minta semua pihak hormat institusi Parlimen

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 24 Nov 2016 16:01:05

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pihak perlu menghormati institusi Parlimen.

Katanya, beliau melihat insiden yang berlaku di Parlimen hari ini yang membabitkan seorang Anggota Parlimen pembangkang cuba diserang sekumpulan individu adalah satu perkara yang serius.

“Saya pandang serius kejadian di Parlimen hari ini dan sebarang tindakan berunsur keganasan terhadap ahli Dewan Rakyat.

“Kejadian itu sedang disiasat dan saya yakin @PDRMsia akan lengkapkan siasatan secepat mungkin,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah cuba diserang oleh sekumpulan 20 individu sebaik beliau tiba di pekarangan Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis telah mengenal pasti 10 individu yang disyaki terbabit dalam insiden itu dan meminta mereka tampil untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts