Di Malaysia kita mungkin sudah biasa beli air tin atau mesin air ‘gedegang’ , tapi mungkin ini pertama kali kita mendengar dan melihat sendiri mesin serupa yang menjual kereta mewah.
Tetapi di Singapura, mereka tidak puas setakat air tin dan kerepek; mereka sekarang sudah mula membeli kereta mewah melalui mesin runcit.
Kereta-kereta yang dijual bukan sebarangan juga kerana mesin runcit itu menjual jenama seperti Bentley, Ferrari dan Lamborghini.
Mesin runcit kereta ini ialah hasil benih fikiran penjual kereta terpakai Autobahn Motors yang telah mengubahsuai bangunan 15 tingkat untuk memuatkan 60 ruang kenderaan, kini dikenali sebagai “mesin runcit termewah di dunia”.
Pelanggan yang berhajat mahu membeli akan menggunakan skrin papan sentuh yang memamparkan model kereta yang mereka minat. Hanya dua minit diperlukan untuk mengambil kereta yang dipilih.
Cara penjualan melalui mesin runcit ini ialah untuk mengatasi masalah kekurangan plot tanah untuk menjual kereta di Singapura, kata pengurus besar Autobahn Motors, Gary Hong.
“Kami terpaksa menjadi kreatif dan inovatif,” jelas Gary.
Mungkin ada yang berminat, bolehlah ke bilik ‘vending machine’ ini yang terletak di 20, Jalan Kilang Singapura 159418.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan operasi bersepadu terhadap sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang disyaki mempunyai kaitan dengan penyebaran ajaran Syiah, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.Pengarah JAIS, Dat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan menegaskan semua buku dan penulisan berkaitan agama wajar melalui semakan pihak berautoriti bagi memastikan ketepatan fakta, sekali gus memelihara kesucian Islam.Menerusi satu h
Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran pada 27 Jun selepas mendakwa Tehran gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui susulan ketegangan di Selat Hormuz.Pasukan Koman
Kerajaan menambah baik pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan memperkenalkan mekanisme baharu yang membolehkan pemilik kenderaan memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.Pelaksanaan turut
Seorang wanita mengalami kecederaan parah, manakala tujuh individu lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tujuh tan, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Noah di Kilometer 94, Lebuhraya Utara-Selatan (PL
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program seperti ini yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu bertujuan memastikan anggota ATM terlibat dalam aktiviti berfaedah di samping menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal.Pr
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma selama sebulan bagi Laluan LRT3 Shah Alam bermula esok sempena pembukaan rasmi laluan baharu yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia.Pengumuman itu dibuat ketika merasmikan
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perbuatan buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) susulan satu kes yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Johor.Menerusi kenyataan di media sosial, pihaknya hanya me
Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula di Batu 2, Kampung Durian, petang Sabtu.Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdu