Nik Nazmi Direhatkan Daripada Aktiviti Parti BERSAMA Selama Tiga Bulan

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 17 Oct 2026 10:00:45

Parti BERSAMA Malaysia mengambil keputusan untuk merehatkan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan susulan pengakuannya berhubung insiden penahanan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan BERSAMA pada 17 Oktober 2026.

Advertisement

Nik Nazmi Direhatkan Mulai 20 Oktober

Menurut kenyataan tersebut, Nik Nazmi akan direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti bermula 20 Oktober 2026 hingga 19 Januari 2027.

BersamaRafiz

BERSAMA

BERSAMA berkata pihaknya memandang serius perkembangan berkenaan dan berpendirian bahawa setiap isu yang melibatkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani sewajarnya bagi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap parti.

Nik Nazmi Akui Terlibat Dalam Insiden JAIS

Sebelum ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS dalam kes disyaki berkhalwat di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.

Nik Nazmi Akui Individu Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri, Keluarga Dan Parti

Beliau menjelaskan bahawa dirinya bersama seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai JAIS tiba dan mengakui perkara itu sebagai satu kesalahan. Pada masa sama, Nik Nazmi menegaskan mereka tidak melakukan sebarang tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka. BERNAMA

Nik Nazmi turut memohon maaf kepada isteri, keluarga serta pihak yang terkesan, selain menyatakan kesediaan memberikan kerjasama dalam sebarang proses perundangan.

Bersedia Terima Keputusan Parti

Dalam kenyataan sama, Nik Nazmi turut memohon maaf kepada BERSAMA kerana mengecewakan ahli dan penyokong parti serta mengakui isu berkenaan menjejaskan parti.

Beliau berkata dirinya bersedia menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh parti.

BERSAMA pula menegaskan keputusan merehatkan Nik Nazmi adalah langkah yang perlu dan munasabah, tanpa menafikan sumbangan serta komitmen beliau kepada perjuangan parti sejak BERSAMA dilancarkan semula pada Mei 2026.

Sebelum ini, JAIS mengesahkan dua individu ditahan dalam operasi berkaitan kesalahan khalwat di Petaling Jaya. Kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

d
2026-10-17 11:05:54

Nik Nazmi Akui Individu Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri, Keluarga Dan Parti

 

Nik Nazmi Direhatkan Daripada Aktiviti Parti BERSAMA Selama Tiga Bulan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts