Nazri: Saya tunaikan janji mengenai Sosma

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 24 Nov 2016 08:01:08

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menafikan melanggar janji kerajaan berkenaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak akan digunakan terhadap pengkritik kerajaan.

“Saya mahu anda tahu bahawa saya adalah menteri yang bertanggungjawab bagi penggulungan Sosma apabila Perdana Menteri bentangkannya pada tahun 2009 atau 2010, saya tak ingat.

“Dan saya fikir Mahathir juga selalu dalam blognya berkata, Nazri berjanji undang-undang itu tidak akan digunakan ke atas ahli politik atau aktiviti politik,” kata belaiu yang juga anggota Parlimen Padang Rengas.

Nazri merupakan menteri undang-undang pada masa itu.

“(Tetapi) apa yang saya ingin katakan di sini adalah, ya, saya tunaikan janji. Bahawa ia tidak boleh digunakan atas sebab-sebab politik,” kata Nazri pada sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas melancarkan Minggu Berbasikal KL 2016.

Dua hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan memungkiri janji untuk tidak menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dengan menahan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah di bawah akta itu.

“Itu janji bertulis yang diabaikan oleh kerajaan apabil mengisytiharkan undang-undang ini,” kata Mahathir.

Jelasnya, menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio undang-undang ketika itu, Datuk Seri Nazri Aziz berikrar di Parlimen pada tahun 2012 bahawa tiada siapa akan ditangkap atau ditahan di bawah Sosma semata-mata kerana kepercayaan politik atau aktiviti mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan kini menyalah-gunakan undang-undang ini bagi menahan Maria, yang katanya tidak melakukan apa-apa untuk layak dikurung seorang diri.

[Baca berita penuh]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts