Neelofa Didakwa Hamil Anak Ketiga, Netizen Perasan ‘Baby Bump’ Dalam Foto Terbaharu

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 19 Jun 2026 03:02:46

Perkongsian terkini usahawan dan selebriti, Noor Neelofa di Instagram mencuri perhatian ramai apabila timbul dakwaan mengatakan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa memuat naik beberapa foto bagi mempromosikan minuman berperisa pisang jenama miliknya yang bakal dilancarkan semula selepas beberapa tahun tidak berada di pasaran.

Advertisement

Bagaimanapun, tumpuan netizen bukan hanya terarah kepada produk berkenaan, sebaliknya ramai mendakwa terlihat bentuk ‘baby bump’ dalam gambar tersebut.

Susulan itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai pertanyaan dan spekulasi mengenai kemungkinan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu sedang berbadan dua.

Rata-rata pengikut turut meluahkan rasa teruja dan menitipkan ucapan tahniah sekiranya khabar angin mengenai kehamilan tersebut benar.

Bagaimanapun sehingga kini, Neelofa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular dalam kalangan netizen.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yusuf bahrin
2026-06-19 10:32:27

"Lain Macam Dia Ni Sejak Cerai" - Hantaran Media Sosial Yusuf Bahrin Curi Tumpuan Ramai

Neelofa Didakwa Hamil Anak Ketiga, Netizen Perasan ‘Baby Bump’ Dalam Foto Terbaharu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts