Beli NIVEA Ni Boleh Tebus Mini Bingsu Floral Bernilai RM15! Kolaborasi Dengan BINQ Memang Sweet Habis!

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 08 Jul 2026 10:02:40

Siapa sangka beli deodorant pun boleh dapat pencuci mulut?

Sepanjang 1 hingga 31 Julai 2026, NIVEA ada kolaborasi eksklusif bersama BINQ Dessert menerusi kempen yang menggabungkan haruman floral premium dengan manisan yang diinspirasikan daripada bunga.

Advertisement

Menariknya, setiap pembelian mana-mana deodoran wanita NIVEA di farmasi dan pasar raya terpilih seperti Watsons, Guardian, Lotus’s, Econsave dan Mydin bagi melayakkan anda menebus Mini Floral Bingsu bernilai RM15 di BINQ Dessert. Memang sweet reward untuk diri sendiri!

Haruman Floral Premium Yang Ada ‘Personaliti’ Tersendiri

Bersempena kolaborasi istimewa ini, NIVEA turut memperkenalkan NIVEA Extra Bright Floral Series, rangkaian deodoran berwajah baharu yang diinspirasikan daripada haruman bunga premium.

Setiap varian hadir dengan karakter tersendiri, jadi anda boleh pilih mengikut personaliti atau mood harian.

Kalau sukakan haruman yang romantik dan elegan, Hokkaido Rose pasti menjadi pilihan. Untuk mereka yang gemarkan bau lembut dan feminin pula, Sakura menawarkan aroma yang cukup menyenangkan.

Jika anda lebih sukakan haruman yang manis dan mewah, Peony & Vanilla menggabungkan keharuman bunga bersama sentuhan vanilla yang memikat. Manakala Pear & Lily pula sesuai untuk mereka yang menggemari haruman segar, ringan dan menyegarkan sepanjang hari.

Pendek kata, macam pilih perfume juga. Setiap haruman ada identiti tersendiri yang boleh menyerlahkan gaya anda.

Haruman Floral Kini Diinspirasikan Menjadi Mini Bingsu

Apa yang menjadikan kempen ini lebih unik ialah NIVEA bukan sekadar memperkenalkan haruman baharu, tetapi turut menterjemahkan pengalaman floral itu ke dalam pencuci mulut.

Melalui kolaborasi bersama BINQ Dessert, dua menu eksklusif diperkenalkan iaitu Hokkaido Rose Strawberry Cheesecake dan Vanilla & Pear Bloom Apple Crumble, diinspirasikan daripada haruman dalam siri NIVEA Extra Bright Floral.

Team BeautifulNara sendiri sempat melihat dan mencuba pengalaman menghias Floral Bingsu ini. Memang menarik kerana setiap hidangan dihiasi dengan elemen bunga yang cukup cantik, menjadikan pengalaman menikmati pencuci mulut ini lebih istimewa.

Kalau anda suka rasa yang creamy dan floral, pilih Hokkaido Rose Strawberry Cheesecake. Kalau lebih gemarkan gabungan buah-buahan dengan aroma vanila yang comforting, Vanilla & Pear Bloom Apple Crumble memang kena dengan selera.

Bukan Sekadar Harum, Malah Menjaga Kecantikan Bawah Lengan

Di sebalik haruman premium yang memikat, NIVEA Extra Bright Floral Series turut hadir dengan pelbagai manfaat untuk penjagaan bawah lengan.

Formulanya diperkaya dengan 95% Purity Vitamin C yang membantu mencerahkan bawah lengan dalam masa seawal lima hari, selain menjadikan kulit terasa lebih licin dan halus.

Ia juga memberikan perlindungan antipeluh sehingga 72 jam serta diformulasikan dengan 0% alkohol, menjadikannya selesa digunakan setiap hari.

Jadi bukan sahaja harum seperti memakai perfume, malah bawah lengan turut kekal segar dan terjaga sepanjang hari.

Jangan Lepaskan Peluang Tebus Mini Floral Bingsu!

Kalau anda memang sedang mencari deodorant baharu dengan haruman premium, ini memang masa terbaik untuk cuba NIVEA Extra Bright Floral Series.

Beli mana-mana Deodoran Wanita NIVEA sepanjang tempoh promosi dan tebus Mini Floral Bingsu bernilai RM15 di BINQ Dessert sementara stok masih ada*.

Boleh dikatakan, inilah masanya untuk menikmati pengalaman yang menggabungkan kecantikan, haruman floral dan pencuci mulut dalam satu kempen yang cukup unik.

Maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi NIVEA serta ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

*Mini Bingsu PERCUMA bernilai RM15 sah untuk pembelian di kedai fizikal sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk terma dan syarat penuh, sila layari halaman Facebook NIVEA Malaysia.

 

 

Beli NIVEA Ni Boleh Tebus Mini Bingsu Floral Bernilai RM15! Kolaborasi Dengan BINQ Memang Sweet Habis! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts