NVIDIA Potong 50% Pelanggan Cip Ke Malaysia, Singapura dan Jepun Untuk Elak Penyeludupan

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 14 Jul 2026 14:03:54

NVIDIA telah mengurangkan lebih separuh pelanggan mereka di Asia yang dibenarkan membeli cip kecerdasan buatan (AI) keluaran mereka selepas memperkenalkan senarai putih serta pemeriksaan pematuhan lebih ketat menurut laporan Financial Times. Pemeriksaan tambahan ini dijalankan ke atas Malaysia, Singapura dan Jepun sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Lebih separuh pelanggan terdahulu gagal melepasi semakan awal, terutamanya penyedia perkhidmatan neocloud. Akibatnya mereka dibuang daripada senarai tetapi dibenarkan melakukan permohonan semula selepas membuat perubahan pada pematuhan syarat.

NVIDIA mengambil langkah ini sebagai usaha mematuhi keperluan pentadbiran Amerika Syarikat yang menghalang cip AI terkini dijual kepada entiti di China melalui negara ketiga. Dalam kes besar tahun lalu, cip NVIDIA diseludup masuk ke China menerusi Singapura dan Malaysia menyebabkan beberapa individu dihadapkan ke mahkamah.

Malaysia yang terpalit dengan skandal penyeludupan ini terus memperkenalkan permit khas untuk mengeksport dan transit cip AI di bawah bidang kuasa MITI.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts