NVIDIA Tampal Pepijat Yang Memendekkan Hayat SSD

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 21 Nov 2026 03:30:44

NVIDIA mengeluarkan kemas kini GeForce Hotfix Driver 621.35 untuk menampal pepijat menyebabkan fail log bersaiz besar ditulis berkali-kali ke storan SSD yang memendekkan hayat jangka panjangnya.

Pengguna kad grafik NVIDIA melaporkan sehingga 30GB data ditulis setiap jam apabila PC tidak digunakan. Isu hanya dikesan selepas perisian pemandu dikemaskini ke 621.14 dan 621.24. Kepada pemilik kad grafik NVIDIA, perisian pemandu terkini sudah boleh dimuat turun sekarang.

Selain NVIDIA, pemilik kad grafik AMD juga melaporkan isu menulis ke SSD secara berterusan disebabkan oleh perisian pemandu bulan lalu. AMD telah mengeluarkan kemas kini untuk menyelesaikannya.

– NVIDIA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts