by Oh! Semput
Lima tahun lalu, Ray-Ban Stories dilancarkan oleh Meta sebagai cermin mata pintar pertama mereka. Kemudian siri Ray-Ban Meta pula dilancarkan dengan kemampuan dipertingkatkan. Walaupun sudah lama dilancarkan, cermin mata pintar ini tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Pembelian lazimnya dilakukan dengan memesan rakan atau menerusi pihak ketiga tanpa jaminan sekiranya berlaku kerosakan.

Pagi ini, Meta mengumumkan kesemua produk Ray-Ban Meta Optics, Ray-Ban Meta dan Oakley Meta akan dijual ke lebih banyak pasaran menjelang penghujung 2026.
Yang mendapat perhatian kami ialah antara pasaran tersebut ialah Malaysia. Selain Malaysia ia turut akan memasuki pasaran baharu Turkiye, Poland, Portugal, Israel, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Hong Kong, New Zealand, dan Filipina.
Bermula hari ini Ray-Ban Meta Optics dan Oakley Meta turut akan akhirnya dijual secara rasmi di Singapura, Korea Selatan, Mexico, UAE dan Brazil.