OpenAI Aktifkan Had 5 Jam Untuk ChatGPT Work dan Codex Bagi Pengguna ChatGPT Plus

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 07:01:06

Pelbagai syarikat menawarkan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan telah mula memfokuskan kepada penggunaan berasaskan kepada token, dan bukan lagi terhad kepada penggunaan tanpa had seperti sebelum ini. Terbaru, pihak OpenAI turut memaklumkan mereka akan aktifkan kembali had 5 jam bagi penggunaan ChatGPT Work dan Codex bagi pengguna ChatGPT Plus.

Dengan langkah ini, pengguna yang melanggan ChatGPT Plus akan dihadkan kepada penggunaan kedua-dua perkhidmatan berkenaan kepada 5 jam sebulan, dan seterusnya perlu menantikan bulan hadapan untuk menggunakannya kembali dibawah langganan. Namun, anda masih boleh terus menggunakannya dengan memilih untuk membayar berasaskan penggunaan selepas had berkenaan habis digunakan.

OpenAI menyatakan langkah ini adalam dalam memastikan perkomputeran mereka lancar dan tidak disalahguna oleh sesetengah pihak sahaja.

Buat masa ini, had penggunaan 5 jam tidak diaktifkan untuk pengguna pelan ChatGPT Pro $100 dan juga ChatGPT Pro $200.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts