OpenAI : Codex Kini Mempunyai 10 Juta Pengguna Aktif

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 21 Jul 2026 17:03:53

OpenAI kini mengatakan perkhidmatan Codex dan juga ChatGPT Work mereka mempunyai lebih 10 juta pengguna aktif, sekaligus memperlihatkan peningkatan drastik pengguna perusahaan dan perniagaan pada platform mereka.

Codex merupakan penawaran ejen pengaturcaraan oleh OpenAI, memudahkan para pembangun dalam melakukan tugasan pengaturcaraan melibatkan aplikasi dan web. Sementara ChatGPT Work pula dipasarkan sebagai ejen tugasan, terutamanya untuk pengguna perusahaan.

OpenAI sebelum ini sekadar memfokuskan pengguna awam, dan dilihat kehilangan pasaran perusahaan dan yang membayar seperti pembangun dan lain-lain. Pasaran ini sebelum ini didominasi oleh Anthropic, sebelum OpenAI menstruktur dan memfokuskan kepada pasaran ini.

Sebelum ini, OpenAI turut telah menamatkan sejumlah produk dibawah mereka, termasuk Sora yang memfokuskan penjanaan video, dan juga pelayar web Atlas mereka. Versi terbaru yang ditawarkan oleh OpenAI adalah GPT-5.6, dengan model mercu dinamakan Sol yang dioptimasikan untuk tugasan pengaturcaraan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts