OpenAI Masih Menyasarkan Pengenalan Peranti Pertama Seawal Tahun Ini – Walau Disaman Apple

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 13 Jul 2026 17:04:00

Pada penghujung minggu lepas, kita menyaksikan Apple memfailkan saman ke atas OpenAI, menyatakan firma berkenaan melanggar beberapa perkara, termasuk mencuri maklumat rahsia berkenaan peranti melalui bekas pekerja Apple, disamping mendekati pembekal Apple dalam kaedah yang tidak jujur. Namun, pihak OpenAI menindakkan perkara berkenaan.

Kini, laporan Bloomberg menyatakan OpenAI masih mengekalkan garis masa pembangunan produk mereka, dengan sasaran mengumumkan peranti pertama mereka seawal 2026 ini, dengan sasaran memasarkannya pada 2027 kelak. Walaubagaimanapun, garis masa berkenaan mungkin berubah selari dengan sebarang perkembangan melibatkan kes saman Apple ini.

Apakah produk pertama yang bakal diperkenalkan tidak diketahui lagi. Mengikut beberapa laporan sebelum ini, OpenAI sedia membangunkan peranti berbentuk telefon pintar, selain turut sedang membangunkan peranti AI berbentuk rantai leher, dan beberapa bentuk rekaan berbeza yang lain. Produk awal dijangka memfokuskan penyertaan kamera dan mikrofon, membolehkan ia mengenal pasti persekitaran, disamping berkomunikasi dengan pengguna berasaskan suara.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan OpenAI dan pembangunan produk oleh mereka kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts