Pahang Perketat Syarat Lesen Syarikat Telekomunikasi, Bagi Membendung Vandalisme Dan Kecurian Di Lokasi infrastruktur Tersebut

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 06 Aug 2026 16:30:57

KUANTAN: Kes vandalisme dan kecurian di lokasi infrastruktur telekomunikasi di Pahang terus membimbangkan apabila mencatatkan kerugian melebihi RM3 juta sepanjang tahun lalu, sekali gus mendorong kerajaan negeri memperketat syarat pembaharuan lesen syarikat telekomunikasi.

Semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi kini diwajibkan mengemukakan laporan bergambar mengenai keadaan semasa infrastruktur masing-masing sebelum permohonan pembaharuan lesen diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, langkah itu bertujuan memastikan semua infrastruktur komunikasi diselenggara dengan baik serta mengurangkan risiko vandalisme dan kecurian.

“Syarikat telekomunikasi perlu membuktikan keadaan semasa infrastruktur termasuk pagar keselamatan menara sentiasa berkunci dan kemudahan di lokasi berkenaan berada dalam keadaan baik.

Jangan biarkan pagar menara terbuka kerana keadaan itu boleh mengundang kegiatan kecurian, terutama di kawasan terpencil yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel dan Kempen Pencegahan Vandalisme dan Kecurian di Lokasi Infrastruktur Komunikasi Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.

Menurut Datuk Fadzli, kabel, bateri, kad peralatan komunikasi, unit Remote Radio Unit (RRU) dan minyak diesel merupakan antara peralatan yang paling kerap menjadi sasaran pencuri.

Katanya, kejadian vandalisme dan kecurian bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat telekomunikasi, malah mengganggu perkhidmatan komunikasi serta menjejaskan urusan harian pengguna di kawasan terlibat.

Beliau turut menggesa masyarakat memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan infrastruktur komunikasi. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts