by Oh! Semput
Pempengaruh media sosial, Alif Teega akhirnya tampil bersuara selepas mendakwa dirinya serta isterinya, Aisyah Hijanah menjadi sasaran pelbagai tuduhan dan fitnah di media sosial sejak beberapa minggu lalu.
Menerusi beberapa hantaran di Threads, Alif mempersoalkan dakwaan yang mengaitkan isterinya dengan latar belakang keluarga selain memberi bayangan bahawa dia bersedia mengambil tindakan sekiranya tuduhan tersebut tidak berasas.

Dalam hantaran lain, Alif mengakui sudah tidak mahu berdiam diri dan akan mempertahankan diri jika keadaan menjadi semakin melampau.
“Aku ni dah nothing to lose. Orang nak benci silakan benci. Kalau tak suka aku tak ada masalah. Tetap sahaja aku hidup untuk Allah, diberi rezeki dari Allah.
“Bila dah keterlaluan, melampau aku. Aku kena speak up, dan minta maaf kalau versi aku ni akan ada yang kata aku koyak. Ya aku koyak, aku tak mahu lagi diam sedangkan aku mampu ambil tindakan.
“Mulai hari ini, wallahi siapa sahaja yang buat palatao, entah benda betul salah, sampai kelubang cacing aku cari.”
Alif turut menjelaskan bahawa mereka tidak pernah berdiam diri berhubung kontroversi melibatkan isu ayat al-Quran yang tular sebelum ini.
Menurutnya, dia sendiri telah bertemu dengan pihak berkuasa agama bagi memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, Alif menegaskan isu yang tidak berkaitan tidak sepatutnya terus dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.
“Namun, segala hal yang tidak terkait dibawa masuk. Itu melampau.”
Terdahulu, beberapa hantaran di media sosial tular mendakwa Aisyah Hijanah mempunyai kaitan dengan latar belakang bapanya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat berhubung dakwaan yang tersebar di media sosial itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Ayah Dia Tu Pengganas, Anak ‘Scam’ Duit Orang” – Aisyah Hijanah Dihina, Alif Teega Tidak Akan Berdiam Diri Lagi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.