by Oh! Semput
Insiden kehilangan perkakasan komputer melibatkan dua palet kad grafik premium ZOTAC GeForce RTX 5090 yang dianggarkan bernilai sekitar AS$470,000 (~RM2 juta) telah berlaku di Brazil.
Kejadian tersebut dilaporkan terjadi apabila sebaik sahaja perkakasan bernilai tinggi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos, São Paulo, Brazil.
Menurut pengedar tempatan, Oderço Matos, syarikatnya telah mengimport pelbagai produk teknologi sejak tahun 2008 dan ini merupakan kali pertama penghantaran mereka hilang tanpa sebarang penjelasan yang jelas.

Pihak syarikat dilaporkan telah berulang kali mendapatkan maklumat mengenai status kargo tersebut, namun masih tidak menerima jawapan memuaskan daripada pihak berkaitan.
Malah, timbul persoalan mengenai ketiadaan rakaman kamera keselamatan yang sepatutnya dapat mengesan pergerakan palet berkenaan di kawasan lapangan terbang.
Setakat ini, jumlah sebenar kad grafik yang terkandung dalam penghantaran tersebut tidak didedahkan.
Model RTX 5090 merupakan antara GPU paling berkuasa dan sukar diperoleh di pasaran ketika ini.
https://www.instagram.com/p/DekU56QjpYv/
{suggest}
Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil WISER.MY.