“Parlimen Berakhir Minggu Kedua Disember, Kita Pergi Honeymoon” – Syed Saddiq

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 06:31:15

Lebih sebulan mendirikan rumah tangga, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata beliau bakal membincangkan rancangan membawa isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berbulan madu selepas selesai menjalankan tanggungjawabnya di Parlimen.

Menurut Syed Saddiq, 34, meskipun membahagiakan isteri merupakan tanggungjawabnya sebagai suami, amanah terhadap rakyat perlu diutamakan terlebih dahulu.

Advertisement

Syed Saddiq di Parlimen

Syed Saddiq utamakan tanggungjawab kepada rakyat

Jelasnya, perancangan untuk berbulan madu sudah dibincangkan bersama Bella, namun perlu ditangguhkan berikutan kesibukannya menghadiri persidangan Parlimen.

Tanggungjawab hakiki perlu dilunaskan terlebih dahulu. Selepas persidangan Parlimen berakhir pada minggu kedua Disember, barulah kita boleh berbincang mengenai bulan madu.

Bella Astillah tak ‘menekan’ Syed Saddiq

Terdahulu, Bella, 32, dilaporkan tidak mendesak suaminya untuk membawa dirinya berbulan madu, sebaliknya memberi ruang kepada Syed Saddiq melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat.

Dalam masa sama, penyanyi itu mahu memberi tumpuan kepada proses menyesuaikan diri di kediaman baharu mereka.

Bella Astillah

Bella dan Syed Saddiq masih dalam fasa saling mengenali

Selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga, Bella mengakui dirinya dan suami masih dalam fasa menyesuaikan diri serta mengenali satu sama lain.

Untuk rekod, pasangan berkenaan selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu dalam sebuah majlis pernikahan di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed Saddiq
2026-11-24 14:28:37

Syed Saddiq Kongsi Pengalaman Sertai IRONMAN Langkawi, Akui Tak Cukup Latihan

“Parlimen Berakhir Minggu Kedua Disember, Kita Pergi Honeymoon” – Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts