Cari Pasal Dengan Rakyat Malaysia, Akaun Media Sosial Noor Azizah Rohingya Disekat

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 17 Jun 2026 06:32:41

Aktivis Rohingya, Noor Azizah sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas tular rakaman video memaparkan kenyataannya yang mengakui tiada keinginan untuk bertutur dalam bahasa Melayu meskipun sudah lama menetap di Malaysia.

Menurut Noor Azizah, bahasa Melayu mempunyai terlalu banyak dialek sehingga membuatkan dirinya hilang minat untuk memahami dan menguasainya dengan baik.

Advertisement

rohingya

“Saya boleh cakap bahasa Melayu, tapi saya tidak tahu bahasa Melayu terlalu banyak. Saya bukan orang Melayu. Saya tidak mempunyai keinginan untuk bercakap bahasa Melayu.

“Saya tahu aksent Australia sedikit. Saya mempunyai keinginan untuk bercakap bahasa Rohingya walaupun mempunyai aksent Australia dan saya boleh bercakap sedikit Urdu,” katanya.

Kenyataan itu mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen yang berpendapat Malaysia selama ini telah memberikan perlindungan dan peluang kepada pelarian Rohingya, meskipun negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951.

Sebelum ini, Noor Azizah turut dikecam selepas ucapannya dalam satu majlis anugerah di Australia menyentuh nasib pelarian Rohingya di Malaysia.

Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman – “Bangsa Tak Sedar Diri”

Dalam ucapan tersebut, beliau membangkitkan isu yang dihadapi komuniti Rohingya di beberapa negara serantau termasuk Indonesia dan Thailand, selain berkongsi pengalaman penganiayaan terhadap etnik itu selepas melarikan diri dari Myanmar.

Noor Azizah juga mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia kini ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi, bukannya di dalam bilik darjah.

Dakwaan itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila ramai pengguna media sosial mempertikaikan tindakannya yang lantang mengkritik Malaysia di pentas antarabangsa.

Terbaharu, akaun media sosial milik aktivis berkenaan dilaporkan telah disekat dan tidak dapat diakses pagi ini.

Difahamkan, ramai pengguna media sosial telah membuat laporan kepada platform seperti Instagram, TikTok dan Threads agar akaun Noor Azizah disekat penggunaannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

noor azizah
2026-06-15 10:20:13

Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman - "Bangsa Tak Sedar Diri"

Cari Pasal Dengan Rakyat Malaysia, Akaun Media Sosial Noor Azizah Rohingya Disekat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts