Pasangan ‘Influencer’ Dikecam Gugurkan Bayi Dalam Kandungan Gara-Gara Hidap Down Syndrome

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 10:02:44

YouTuber terkenal Amerika Syarikat, Jesse Ridgway atau lebih dikenali sebagai McJuggerNuggets bersama isterinya, Ashley, mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas membuat keputusan menamatkan kehamilan mereka pada awal Jun 2026.

Menurut laporan, keputusan itu dibuat selepas pasangan berkenaan menerima keputusan ujian perubatan yang mengesahkan bayi mereka menghidap Trisomy 21 atau lebih dikenali sebagai Down syndrome.

Advertisement

Perkara tersebut mula menjadi bualan hangat dalam talian apabila ramai netizen tampil memberikan pandangan berbeza mengenai tindakan pasangan itu.

Segelintir pengikut mempertahankan Jesse dan Ashley dengan menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu pilihan peribadi yang amat sukar serta dibuat selepas mendapatkan nasihat dan rundingan perubatan secara teliti.

Namun dalam masa sama, ramai juga yang mengecam tindakan berkenaan khususnya daripada komuniti advokasi orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan pro-kehidupan.

Mereka menganggap penamatan kehamilan atas faktor diagnosis Down syndrome sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap golongan OKU.

Isu tersebut turut mendapat liputan meluas di beberapa portal hiburan antarabangsa termasuk People selain menjadi topik perdebatan hangat di pelbagai platform media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faisal Halim Zaquan Adha
2026-06-08 13:54:54

Faisal Halim Enggan Layan Kontroversi Zaquan Adha, Sedia Berhubung Secara Baik - "Kalau Dia Ada Masalah Dengan Saya.."

Pasangan ‘Influencer’ Dikecam Gugurkan Bayi Dalam Kandungan Gara-Gara Hidap Down Syndrome first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts