by Oh! Semput
Keluarga Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang maut dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis lalu, enggan bertemu dengan keluarga suspek termasuk ibu bapanya.
Kakak mangsa, Marlina, 46, berkata, pihak keluarga turut melarang ibu bapa serta ahli keluarga suami arwah daripada hadir menziarahi jenazah dan menghadiri upacara pengebumian adiknya.


Menurutnya, mereka masih sukar menerima kejadian tragis yang meragut nyawa Norhazwani, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan suami mangsa sendiri.
Bukan itu sahaja, Marlina juga berkata tiada seorang pun ahli keluarga suami arwah datang bertanya khabar Nordianisa Sofia Mohd. Khairuddin, 6, dan adiknya, Noralisa Amara, 5, yang merupakan anak kepada adiknya selepas dia meninggal dunia.
Memang kami tidak boleh terima jika ibu bapa atau keluarga mentua arwah datang. Saya sendiri tidak benarkan mereka hadir untuk menziarahi jenazah dan upacara pengebumian.

Kongsinya lagi kali terakhir dia dan adiknya berhubung adalah menerusi panggilan telefon pada Selasa lalu, dua hari sebelum kejadian.
Tergamak sungguh dia membunuh isteri sendiri. Saya terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah ketika dia pulang ke kampung pada 5 Oktober lalu. Dia ada memberitahu akan pulang lagi ke kampung pada Disember ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Norhazwani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjong, Pengkalan Kubor, kira-kira pukul 2 pagi Ahad.
Pegawai AKPS Maut: “Kami Tak Mahu Jumpa Keluarga Suami Arwah Adik, Saya Tak Benar Mereka Hadir Pengebumian” – Kakak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.