Pejalan Kaki Bawa Troli Untuk Drive Thru McD

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 11 Aug 2017 06:01:20

Orang ramai gemar menggunakan khidmat drive thru atau pandu lalu di McD kerana ia lebih cepat dan tidak perlu keluar dari kereta. Malah, ada juga pelanggan pandu lalu menyakat pekerja McD dengan pelbagai karenah yang mencuit hati namun mereka tetap melayan pelanggan dengan penuh kesabaran.

BACA: Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali

Sekumpulan remaja di United Kingdom bertindak untuk ‘mengacau’ pekerja pandu lalu McD di Redcar dengan melalui laluan itu menggunakan troli.

Video berdurasi selama 2:29 saat itu menunjukkan mereka ‘memandu’ troli tersebut ke pandu lalu McD dan kemudian membuat pesanan.

Namun, mereka tidak berjaya mendapat perhatian pihak McD untuk membenarkan mereka membuat pesanan. Pada mulanya, mereka telah cuba untuk membuat pesanan sambil berjalan kaki di laluan pandu lalu itu tetapi tidak dilayan, lapor Gazette Live.

Disebabkan itu, mereka kembali lagi bersama troli yang dipinjam untuk membuat pesanan baru di lokasi yang sama. Malah, mereka juga sempat merakam perbuatan ‘nakal’ yang dilakukan menggunakan telefon bimbit.

“Troli tidak dibenarkan ke?” tanya salah seorang remaja yang berada di dalam troli tersebut kepada pekerja McD itu.

“Boleh awak ketepi? Ada kereta ingin lalu.” ujar pekerja itu dengan tenang sambil menerangkan bahawa dia tetap tidak boleh mengambil pesanan mereka.

“Tetapi kami hanya mahu memesan makanan!,” kata remaja itu sambil merayu mereka hanya ingin memesan burger keju sebelum terpaksa ke tepi kerana memberi laluan kepada kereta di belakang.

“Laluan pandu lalu hanya dikhaskan untuk kenderaan berenjin sahaja. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk troli beli belah,” kata pihak McDonald’s.

“Pekerja kami tidak membenarkan mereka membuat pesanan kerana kawalan keselamatan dan kesihatan,” tambahnya lagi sambil mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena Pais Patin dan Patin Tempoyak Claypot Sampai Licin!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts