Pekerja Boleh Bercuti Selama Mana Yang Dingini

by Oh! Semput


8
SHARES
107
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 04:01:14

MUNGKIN ini majikan yang paling `best’ di dunia. Kenapa? Kerana beliau membenarkan 37 pekerjanya untuk bercuti selama mana yang mereka mahu tanpa ditolak gaji.

Boss berkenaan, Ullrich Kastner, 41, merupakan pengasas kepada syarikat broker hotel di Jerman dan beliau memutuskan pekerjanya boleh bercuti bila-bila masa, apabila mereka memerlukannya.

“Pasukan kerja saya telah membuktikan bahawa mereka boleh memikul tanggungjawab dan mereka tidak sepatutnya bekerja mengikut peraturan, tetapi bekerja ke arah mencapai sasaran,’’ katanya.

Pada mulanya langkah itu dilaksanakan kepada sekumpulan kecil pekerjanya dan tidak lama kemudian Kastner menggunapakai kaedah berkenaan kepada semua pekerja di syarikatnya.

Menurut Kastner, kaedah baru yang dilaksanakan itu memberikan kelegaan kepadanya kerana ia mengimbangkan antara kerja dan kehidupan.

Dan tidak mengejutkan apabila pekerjanya menyambut baik perubahan terbabit. Salah seorang adalah Rebekka Oelze, 30, yang menyukai kerjanya itu.

Rebekka sebelum ini layak mendapat cuti selama 25 hari setahun dan cuti tambahan yang diberikan oleh majikannya itu akan digunakan bersama keluarganya. – mynewshub.cc

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts