Pelajar Hampir Maut Apabila Bintang Ninja Terpacak Di Kepala

by Oh! Semput


12
SHARES
153
VIEWS
Posted on 12 Jun 2017 12:00:36


Hangzhou, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun hampir maut selepas seorang pelajar secara tidak sengaja membaling bintang ninja hingga terpacak di kepalanya.

Menurut laporan media tempatan, kejadian yang amat mengerikan itu telah berlaku di sebuah sekolah di Hangzhou di wilayah Zhejiang pada hari Rabu lalu.

Mangsa yang mengalami kecederaan itu dikenali sebagai Wenwen dan dilaporkan pada ketika itu sedang membuat kerja sekolahnya di dalam kelas sebelum terkena senjata tradisional Jepun itu yang dikatakan telah dibaling oleh seorang pelajar.

Seorang pelajar di sekolah berkenaan yang dipercayai membaling bintang ninja itu dari luar kelas sebelum ia terbang masuk ke tingkap dan terus terpacak pada bahagian kiri kepala mangsa.

Seorang guru yang begitu terkejut melihat keadaan Wenwen segera membawa mangsa ke Hospital Kanak-Kanak di Sekolah Perubatan Universiti Zhejiang.





Bintang ninja itu akhirnya berjaya dikeluarkan oleh para doktor setelah pembedahan pembuangan bahan itu dilakukan yang mengambil masa selama satu jam. - Harian Metro/The Sun

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts