Pelajar Maut Terjatuh Dari Balkoni Hotel di Kampar Ketika Sedang Asyik Hisap Rokok

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 13 Aug 2017 04:01:26



Seorang remaja lelaki telah ditemui mati di hadapan lobi sebuah hotel yang terletak di Kampar memetik satu laporan dari WOB. Remaja lelaki yang berusia 17 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan telah menyertai satu rombongan dari Collehge University Group pada Jumaat. 

Menurut pihak polis, mangsa telah memberitahu rakan-rakanya dia mahu ke balkoni bilik untuk menghisap rokok kerana pihak hotel tidak membenarkan mana-mana tetamu untuk merokok di dalam bilik. 

Setelah 20 minit berlalu, seorang pelajar lain memasuki bilik mangsa dan tidak dapat menjumpai mangsa. 

Rakan mangsa yang lain turut berasa hairan dan mereka cuba mencari mangsa di dan ketika menjenguk ke bawah, mereka terlihat rakan mereka itu sudah terlantar di hadapan hotel tersebut. 

Mangsa telah jatuh dari biliknya di tingkat 6 dan tiada siapa menyedari oleh sesiapa yang berada di hotel berkenaan. 

Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hopsital Kampar untuk bedah siasat. Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah kerana jatuh dari tempat yang tinggi. Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. -

FACEBOOK

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts