Pelawak Achey Beri Nasihat Kepada Haqiem Rusli

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 02 Jun 2017 10:00:14

nasihat pelawak achey untuk haqiem rusli 1

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli 

Baru-baru ini penyanyi baru yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli tampil dengan sebuah pendedahan yang mengejutkan ramai. Dalam luahan yang ditulis dalam laman Instagramnya itu, beliau menceritakan pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya sebelum berpeluang menjadi artis rakaman.

Menurut Haqiem, kehidupannya ketika itu sangat bermasalah dek kerana kesempitan wang. Malah dia juga menghadapi krisis dalam dunia pekerjaan, pendidikan dan kehidupan sosialnya.

Kapsyen luahan tersebut disertakan dengan sebuah video pendek - lagu Segalanya yang dinyanyikan dalam versi akustik.

nasihat pelawak achey untuk haqiem rusli 2

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Ketika pertama kali dapat lagu 'Segalanya' ni, saya tak berduit, berpenampilan selekeh, ditinggalkan sahabat/ehem, tak berpeluang melanjutkan pelajaran, bekerja di Baskin-Robbins (dua minggu sahaja bekerja kerana dimaki atas kesalahan ketika membuat aiskrim) dan sampailah syarikat rakaman FMC buat panggilan telefon untuk buat projek muzik bersama saya. Macam-macam saya tempuhi dahulu. Saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Terima kasih ALLAH SWT.

Kenyataan jujur Haqiem tersebut menarik perhatian ramai, termasuk pelawak Achey yang bermurah hati memberikan kata-kata semangat buatnya di ruangan komen.

“Sebab itu kejayaan kamu besar selepas menempuh kepayahan yang besar. Namun akan ada lagi yang besar selepas kejayaan itu, dik. Apapun tahniah, ianya satu kebanggaan,” ucap Achey penuh bermakna.

Selain Achey, para peminat Haqiem tidak ketinggalan memberikan semangat kepada penyanyi muda itu.

Diharapkan Haqiem akan terus tabah dalam menjalani kehidupannya yang mendatang. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts