by Oh! Semput
Pelawak Shuk Sahar tampil memberikan respons terhadap dakwaan bekas isterinya, Fara Salleh, berhubung isu perbelanjaan anak mereka, Nada.
Menerusi Instagram Story, Shuk atau nama sebenarnya Shukri Sahar berkongsi empat tangkap layar transaksi bernilai RM1,000 setiap satu yang masing-masing bertarikh 5 Ogos, 1 September, 5 Oktober dan 2 November 2026.
“Alhamdulillah masih mampu bagi rezeki pada anak. Ini yang termampu. Ada dua lagi anak tau,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dibuat susulan luahan Fara yang sebelum ini mendakwa Shuk culas membantu menanggung perbelanjaan anak mereka.

Fara meminta Shuk menjelaskan bayaran pendaftaran tahunan taska Nada sebanyak RM1,540 selepas pusat jagaan terdahulu bakal ditutup.
Menurut Fara, bayaran tersebut perlu diselesaikan segera bagi memastikan Nada mendapat tempat di taska baharu dan memudahkannya keluar bekerja.

Fara turut mendakwa selama ini dia menanggung sendiri keperluan harian Nada termasuk makanan, pakaian dan rawatan perubatan.
Selain itu, dia turut membangkitkan mengenai aqiqah Nada yang didakwa masih belum diselesaikan sejak Ogos lalu.
“Bulan 8 aku ada text kau untuk aqiqah Nada… kau kata takde modal. Now dah bulan 11 masih takde modal untuk aqiqah anak? Dah tak mampu ke nafkahkan Nada?”
Fara bagaimanapun berkata dia bersedia berkongsi separuh kos aqiqah sekiranya Shuk turut menanggung bahagiannya.
Bagaimanapun, Shuk tidak memperincikan tujuan setiap transaksi RM1,000 yang dikongsikan atau mengesahkan sama ada pembayaran tersebut berkaitan dengan yuran taska yang dituntut Fara.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Pelawak Tunjuk Bukti Transaksi RM4,000 Selepas Bekas Isteri Dakwa Culas Tanggung Anak – “Ada Dua Lagi Anak Tau” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.