ECRL Peluang Kerja Untuk Anak Tempatan

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 09 Aug 2017 08:47:05

KUANTAN: Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang ke tiga negeri di Pantai Timur membuka peluang pekerjaan luas kepada tenaga kerja mahir tempatan.

Hakikat itu diperkukuh dengan hampir 2,000 tenaga kerja mahir tempatan diserap bekerja dengan China Communications Construction Group Limited (CCCC).

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan CCCC, Mustafa Mohd Saad, 32, adalah antara kerja mahir tempatan yang berpeluang menyertai CCCC bagi projek ECRL.

Anak jati Pahang itu berpengalaman bekerja bersama beberapa syarikat pembinaan sebelum diberi peluang oleh CCCC menyertai pembinaan projek ECRL.

“Projek berimpak tinggi sebegini membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja mahir tempatan seperti saya, sekali gus meningkatkan kemahiran kami dalam pembinaan berskala besar.

“Perkara utama yang perlu dilihat adalah dari segi mendapatkan kemahiran dan ilmu. Kita boleh mempelajari kemahiran dan ilmu dari syarikat luar dalam bidang seperti ini,” katanya.

Sharifah Hidayah Syed Majid, 26, graduan Kejuruteraan Awam mencari pekerjaan hampir setahun kerana tidak banyak peluang pekerjaan dibuka dalam bidang berkenaan, terutama kepada wanita.

Justeru, beliau mencuba nasib ketika CCCC dan Malaysia Rail Link (MRL) membuka peluang tenaga mahir tempatan menyertai projek ECRL tahun lalu.

“Saya bangga dapat bersama dalam projek mega ini, apatah lagi berpeluang bekerja bersama dengan tenaga kerja pakar dari dalam dan luar negara.

“Dengan adanya projek pembangunan seperti ini, graduan seperti saya berpeluang mendapat pekerjaan. Ini membuktikan banyak perkara positif dapat diwujudkan dalam sesebuah projek mega,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts