Pemain Sepanyol Dilihat Menggunakan Honor Robot Phone Selepas Memenangi Piala Dunia

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 20 Jul 2026 10:34:01

Pagi ini, pasukan bola sepak Sepanyol telah memenangi Piala Dunia 2026 dengan kemenangan keatas Argentina dnegan skor 1-0. Menariknya, apabila pemain-pemain bola sepak Sepanyol dilihat bertegur sapa dan menyambut kemenangan tersebut, salah seorang pemain pasukan tersebut dilihat telah menggunakan sebuah peranti pintar yang cukup menarik sekali, iaitu Honor Robot Phone.

Eric Garcia, pemain pertahanan tengah pasukan Sepanyol telah dirakam menggunakan Honor Robot Phone sewaktu acara sambutan kemenangan pasukan beliau. Honor Robot Phone buat masa ini hanya dibuka untuk pra-tempahan di pasaran China, walaupun ia diperkatakan bahawa ia akan diperkenalkan di pasaran-pasaran lain juga.

Honor Robot Phone bakal hadir dengan paparan rata berukuran antara 6.3 hingga 6.4 inci dengan resolusi 1.5K serta bezel ultra nipis di sekeliling. Peranti ini dikatakan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 sekali gus meletakkannya dalam kategori mercu premium dengan kapasiti bateri sekitar 6,000mAh.

Bahagian kamera menjadi tumpuan utama kerana dikhabarkan hadir dengan kamera utama 200MP, panjang fokus 23mm serta sokongan 4D gimbal stabilization. Selain itu, ia dijangka turut dilengkapi kamera ultra‑lebar 50MP dan periskop telefoto 200MP.

Sistem pengimejan ini dikatakan menggunakan teknologi baharu Honor yang berpotensi membawa peningkatan besar dalam keupayaan fotografi. Pada masa yang sama, Honor menjalin kerjasama dengan ARRI, jenama terkemuka dalam industri sinematografi bagi memperkukuhkan lagi pengalaman rakaman imej dan video pada peranti ini.

Honor Robot Phone dijangka akan diperkenalkan secara umum untuk pasaran luar dari China pada bulan Ogos ini. Butiran lanjut mengenai pelancaran peranti pintar ini belum diketahui lagi buat masa ini.

: Reddit

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts