Pemandu Uber rompak wanita, SPAD tiada kuasa bertindak?

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 30 May 2017 03:01:16

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengarahkan Uber menjelaskan tapisan pekerja yang masih mengandungi kelemahan. — Foto oleh Yusof Mat Isa PETALING JAYA, 30 Mei — Syarikat khidmat teksi dalam talian Uber diarah menjelaskan proses pengambilan pekerja sehingga boleh terjadi kes rompakan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengarahkan Uber berbuat demikian susulan kes rompakan sehingga penumpang wanita itu keguguran baru-baru ini.

“Kami telah bertanya tentang cara pengambilan pemandu mereka tetapi mereka bangga berkata tapisannya ketat,” kata pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Jurujual Wong Mei Yan, 26, yang menjadi mangsa rompakan itu dilaporkan ingin mengambil tindakan terhadap Uber susulan tekanan emosi yang dialaminya.

Polis minggu lalu menahan pemandu tersebut, yang melarikan diri selepas menyamun, seorang jurujual kosmetik yang mahu ke Puchong pada 21 Mei lalu.

Suspek berusia 22 tahun, yang mempunyai dua rekod jenayah lampau, ditahan di kawasan rehat dan rawat Pagoh di Johor arah utara pada 11 malam.

Bercakap kepada akhbar Malay Mail, Syed Hamid berkata jelas Uber ada kelemahan yang perlu segera diatasi, namun SPAD tiada mekanisme untuk bertindak.

Beliau berkata proses undang-undang sukar diambil kerana Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 belum diluluskan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts