Pemuda UMNO Baling Baldi, Botol Di Bangunan Pentadbiran Selangor

by Oh! Semput


9
SHARES
116
VIEWS
Posted on 01 Nov 2016 05:01:07

umnoFoto oleh FMT

SHAH ALAM: Pemuda Umno hari ini berkumpul di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati gangguan bekalan air di negeri itu berikutan masalah pencemaran.

Sebahagian daripada kira-kira 200 orang diketuai Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bertindak membaling baldi dan botol air ke dalam kawasan bangunan sambil cuba merobohkan pagar besar, selepas berarak dari Bangunan Perangsang di pusat bandar Shah Alam itu.

Armand berkata mereka berkumpul kerana tidak tahan dengan masalah air.

Beliau juga menuduh pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak adil.

“Kita hadir hari ini bukan kebangkitan orang Melayu, Cina atau India tetapi sebagai rakyat Selangor, mahu keadilan bukan parti keadilan.

“Azmin tidak adil kepada rakyat Selangor. Kita tidak mahu pegawai daripada cicak mengkarung ini. Kita mahu Azmin dan pegawai PKR datang sini.

“Kita tidak larat mandi dan tengok rakyat Selangor dalam kesusahan. Azmin cicak mengkarung,” katanya.

Beberapa peserta perhimpunan dilihat membaling baldi dan botol air sambil melaungkan “Kami mahu air”, dan membawa sepanduk seperti “Azmin tidak adil”.

Beberapa bahagian di Selangor mengalami masalah bekalan air susulan kejadian pencemaran.

Empangan di Semenyih ditutup 3 kali tahun ini, mengakibatkan beberapa kawasan seperti Hulu Klang, Semenyih dan Serdang mengalami masalah air.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts